Amsterdam Part 1

Assalamualaikum.

Saya rasa insyaAllah akan ke Amsterdam lagi nanti, bawak family atau kawan-kawan ataupun jalan sendiri, jadinya letak tajuk Part 1 dulu walaupun belum tentu bila Part 2 nya. 🤣🤣

Sebelum datang ke Amsterdam, bila baca review banyak yang negatif sahaja pasal Amsterdam ni, tapi tak explore, tak tau betul ke negatif kan? Ok, jom explore!

Saya patah balik ke Amsterdam lepas balik dari Zaanse Schans, so sampai-sampai Amsterdam Central Station, terus ambil luggage dari locker. Dekat Amsterdam Central Station ada perkhidmatan simpan luggage. Harga dia macam kat dalam gambar ni.

Perkhidmatan simpan luggage ni self service dan cashless. Tapi jangan risau, semua machine self service dekat Amsterdam ni boleh pilih bahasa. Tapi jangan la tanya Bahasa Melayu ada tak pulak.. 😅 Ikut ja arahan dia, senang ja. 😊

Walaupun cashless ni sebab Covid-19 measures, rasanya akan berterusan kot cashless ni. Tak perlu upah orang kan untuk jaga kaunter.. Jadinya, nanti nak datang sini, kena explore options untuk cashless ya. Dan tak semua kad kredit diterima di Netherlands ni. Check dulu ok. 😊

Saya menginap di The ED Hotel, dengan harga satu malam €70. Lokasi dia berdekatan dengan Vondelpark dan 6 minit jalan kaki dari Stesen Tram Leidseplein. Senang nak ulang alik bilik bila perlu. 😊

Saiz bilik mungkin sempit sikit, sebab sorang-sorang pun rasa serabut nak pusing, nak letak beg apa semua. Solat atas katil sebab tak cukup ruang! 🤣 Tapi tilam dan bantal dia macam tak nak bangun ja dia punya sedap! Dan ada Nespresso coffee machine. Untuk seorang yang wajib minum kopi pagi-pagi, memang seronok laa.. 🤭🤭

Lepas check-in, mandi, solat, rehat sekejap, keluar cari makan malam. Kawan suggest untuk makan spareribs dekat Sefa BBQ & Grill Restaurant. Kedai halal Turki. Beria dia cari balik nama kedai dan lokasi lepas 5 tahun lepas dia datang Amsterdam. Dah terbayang dah ni sedapnyaaa daging juicy lembut.. 😅 Jalan kaki 15 minit dari hotel, sampai ke kedai ni, malangnya setelah 5 tahun, spareribs dah tak ada dalam menu dia.. Untuk ubat hati, order lah lamb chop. 😁

€ 16. Punya lapar seharian tak makan, habis tinggal bawang ja. Mula-mula ingatkan boleh la bungkus untuk breakfast esoknya 🤣

Lepas makan, jalan slow-slow balik bilik sambil enjoy pemandangan sebelum gelap di Amsterdam, energy dah habis di Zaanse Schans, tak larat dah nak jalan-jalan, esok lah mulakan exploration di Amsterdam.

Esoknya, tempat pertama dituju adalah Museumplein, tempat terletaknya 3 muzium utama di Amsterdam. Rijks Museum, Stedelijk Museum of Modern Art dan Van Gogh Museum. Ingat nak masuk Van Gogh Museum, tapi lupa nak check online sebelum datang. Rupanya tiket kena beli online sahaja, ada limit orang boleh masuk dalam satu-satu masa. Jadinya, jalan-jalan saja lah dekat Museumplein ni. Bawah ni gambar-gambar di sekitar Museumplein.

Lepas tu jalan kaki 15 minit ke Albert Cuyp Market. Market ni bukak Isnin-Sabtu, 9 pagi – 5 petang. Dekat sini boleh enjoy halal street food. Banyak pilihan. Netherlands ni memang banyak orang Indonesia tapi Amsterdam ni banyak Malaysian selalu datang sampai masa tengah jalan-jalan dekat market ni, tiba-tiba dengar orang jerit “Ayam bakar halal, ayam bakar halal” , “Ayam ayam” 🤣🤣 . Masa dekat market ni tak lapar sangat, so try roti pita ni ja la, ada mozarella dengan bayam. Kenyangg Alhamdulillah.. Souvenir macam fridge magnet, keychain, t-shirt dekat sini paling murah berbanding tempat-tempat lain. Nak beli banyak-banyak boleh beli dekat sini. Tapi tulips kayu tu mahal sikit dekat sini. Beli dekat Bloemenmarkt lagi murah.

Dah habis pusing dekat market ni, naik Tram yang terdekat, tak ingat dah stesen apa, pergi ke Amsterdam Central Station, nak cari Wau Restaurant, kedai halal masakan Malaysia! Mula-mula tak nak pun cari makanan Malaysia, nak try local food, tapi browse menu restoran ni, ada LAKSA! Tak fikir panjang dah, terus cari ja restoran ni. Hahaha. Tapi malangya, bukan laksa Penang atau Kedah. Laksa Singapore rasanya ni, macam mee kari sikit. Tapi sedap jugak! Rasa ke-Asia-nan dia. 😁 Cuma portion dia banyak sangat untuk seorang makan.

Nak sampai ke restoran ni, kena lalu blok-blok bangunan sempit, bau ganja sangat kuat dekat kawasan ni. Tapi polis banyak ja berkawal, selamat ja jalan kat sini.. InsyaAllah… Cuma tak tahan bau ganja tu ja la..

Ni on the way ke Wau Restaurant. Ada polis dok berkawal 🙂

Lepas makan, tengok langit makin gelap, terus ke Bloemenmarkt (Floating Flower Market). Jalan kaki dalam 30 minit macam tu, campur berhenti-berhenti ambil gambar. 😁

Sampai dekat Bloemenmarkt ni, perasaan dia macam kecewa sikit. Haha. Dalam otak dah terbayang macam floating market macam dekat Thailand tu, rupanya tak pun. Cuma deretan bangunan kedai atas air ja dan tak nampak air pun dari dalam kedai. Haha.

Ni Floating Flower Market dari luar.

Bunga pun tak banyak dah, masa pergi ni dah nak masuk musim panas, tinggal bunga artificial dengan tulip kayu ja semua kedai. 😅 Dekat sini boleh beli tulip kayu tu, tapi survey dulu semua kedai ok. Harga dan warna lain-lain setiap kedai. Paling murah boleh dapat 10 Euro, 6 kuntum. Tempat lain ada yang satu kuntum 2 Euro, 3 Euro.

Lepas habis membeli belah dekat sini, terus gerak balik bilik sebab tengok langit makin gelap, bawak barang banyak pulak ni. Sampai-sampai bilik ja, hujan selebat-lebatnya… Alhamdulillah sempat sampai, kalau tak lencun laaa semua barang. 😅

Dah reda hujan, langit cerah! Alhamdulillah.. Sejak sampai Amsterdam lepas balik dari Zaanse Schanse semalam, tak dapat tengok lagi langit cerah di Amsterdam. Mula-mula ingat nak ke Hagia Sofia Amsterdam, tapi tukar plan, patah balik ke Amsterdam Central sebab nak ambil gambar bangunan cantik tepi sungai ni! Bangunan ni kalau keluar daripada Amsterdam Central Station tu, boleh nampak dah. Cuma antara ada rezeki atau tak je la dapat langit cantik atau langit suram 😁.

Bangunan-bangunan dekat Amsterdam ni senget benget kebanyakannya. Orang OCD mesti sakit mata tengok. Hahaha. Amsterdam ni basically bandar atas tanah paya. Bangunan-bangunan ni dah berusia ratusan tahun dan dibina atas tiang kayu yang dipacak dalam air / tanah paya. Kalau paras air surut, tiang-tiang kayu ni akan terdedah kepada udara dan akan mereput, sebab tu bangunan-bangunan dia senget benget dan kerajaan kena pastikan paras air tak terlalu surut untuk elakkan tiang rumah makin mereput, dan bangunan semakin senget.

Metro dekat Amsterdam ni dibina bawah tanah, dan perlu mengambil kira faktor tanah paya, sungai, terusan dan tiang kayu bangunan-bangunan lain. Tempoh construction metro dekat Amsterdam ni memakan masa 15 tahun untuk siap! Sepanjang tempoh ni, bangunan-bangunan yang berdekatan dengan laluan metro dipasang sensor, untuk pastikan limit gegaran yang dibenarkan untuk elakkan bangunan daripada roboh. Waaa… tapi tak ambil pulak gambar atau video dekat Metro Station.

Ralit sangat tengok bangunan-bangunan, tiba-tiba lapar. Sangat tak susah nak cari makanan halal dekat Amsterdam. Makanan Turki atau Arab memang banyak. Kapsalon dengan Durum Wrap ni beli dekat kedai Turki dekat-dekat dengan Amsterdam Central Station tu ja. Harga untuk dua-dua ni, EUR 12. Makan sampai dua hari! Punya besaq portion dia. 😅 Dua-dua hari makan dekat port sama, enjoy tengok orang dan bangunan. 😁

Lepas makan, sebelum gelap, jalan ke Dam Square sekejap. Dekat Dam Square ni ada tempat shopping dan ada Madame Tussauds, tapi tak minat lah nak masuk. Siapa berminat boleh la masuk. 😊

Esoknya lepas check out, simpan beg dekat locker Amsterdam Central Station dan terus ke Hagia Sofia Amsterdam! Ni masjid Turki dekat Amsterdam, Westermoskee Amsterdam nama dia. Senibina masjid ni sama macam Hagia Sofia Turki cuma saiz dia kecik sikit. Masjid ni jauh sikit dari center. Naik Tram dalam 30 minit. Sekarang musim Covid-19 ni, masjid dikunci bila bukan waktu solat. Solat jemaah limited untuk 30 orang sahaja. InsyaAllah nanti dah boleh masuk masjid macam biasa, boleh datang lagi insyaAllah. Saya pernah berimpian untuk sekurang-kurangnya solat sunat dekat masjid semua tempat yang dilawati. InsyaAllah nanti! 😊

Masjid ni tak ada pagar pun, menghadap terusan dan betul-betul tepi masjid ni ada beer pub. Haha. Bukan negara Islam, nak expect apa lebih sangat. Ada masjid sebesar ni pun dah rasa sangat-sangat bersyukur. Moga syiar Islam terus mekar di bumi Allah 😊.

Dah jumpa masjid ni, tak ada apa dah dalam wishlist Amsterdam untuk trip kali ni. Enjoy jalan-jalan ambil gambar ja sementara tunggu nak balik ke Maastricht. Amsterdam ni walaupun bangunan dia senget-senget, tapi cantik! Siapa yang enjoy architecture, mesti seronok datang sini.

Amsterdam juga terkenal dengan basikal, jambatan + bunga dan terusan. Dekat tempat-tempat ni tenangggg ja rasa, ralit duduk lama-lama dekat jambatan sambil tengok bot.

Tapi bila dekat center, dekat kedai-kedai memang pening la bau ganja. Ganja dekat Netherlands adalah legal. Orang hisap ganja macam hisap rokok biasa ja. Sambil jalan-jalan ja hisap ganja depa ni. Mula-mula sampai Amsterdam bila lalu depan coffeeshop, macam eh, bau apa ni? Bau dia masam dan tengik sikit. Lepas tu, setiap coffeeshop bau yang sama, hmmm.. ni rasanya bau ganja ni. Text kawan, dia cakap betul la tu bau ganja. 😅 Dekat kawasan rumah dekat Maastricht ada 3 coffeeshops, sebelum ni tak pernah bau pun ganja tu, lepas balik dari Amsterdam, baru perasan, ooo kuat rupanya bau ganja dekat kawasan rumah ni pun… 😅

Oh ya, kalau datang Netherlands, nak minum coffee, lepak-lepak cafe hipster, JANGAN masuk COFFEESHOP. Coffeeshop ni jual ganja. Nak minum coffee, masuk CAFE! Hahaha.

Tak tau lah Allah nak pelihara ka apa ka, tak lintas langsung kawasan ‘Merah’ tu. Tak tau la kalau siang lalu tapi tak perasan ke apa ka, sebab saya sampai bilik sebelum gelap. Lagipun masa pergi ni, pukul 9 lebih malam baru gelap. Tapi rasanya memang tak lalu langsung. Ada kawan cakap, pergi la tengok, lepas tu bagi ulasan dari sudut pandang Islam. Hahahaha. Takut kena panah petir jaa kalau pergi jugakk.. 🤣

Netherlands ni adalah negara yang sangat open. Hubungan sejenis dan atheism sangat berleluasa. Bila dekat bandar besar macam Amsterdam ni, jelas la nampak LGBT tu.. Selamber depa ja dekat mana-mana pun… 🤷🏻‍♀️ Tapi bila berada dalam komuniti macam ni, kita boleh check balik la pegangan kita. Moga Allah terus tetapkan hati di jalan Allah dan moga terus terpelihara daripada terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar. Amin..

Secara ringkasnya untuk first trip ni, Amsterdam ni cantik dengan bangunan lama dia, terusan, bot, bersih.. Tapi tak tahan bau ganja dekat center. Luar sikit daripada center ok ja.. Trip kali ni banyak naik turun tram. Tak kira dah berapa Euro habis untuk transportation dalam Amsterdam🙊. Tapi tak mahal pun.. Satu-satu destinasi tu bawah 2 Euro macam tu.

Nanti next trip try naik canal cruise Amsterdam pulak. Entah kenapa kali ni tak berminat rasa nak naik canal cruise tu.

Enjoy this short video as a summary in Amsterdam! Moga ada manfaat, till next trip insyaAllah. 😊

Leave a comment