Assalamualaikum. Lama betul tak menulis, mood hilang dibawa ke Lautan Hindi agaknya. š
Kalau masa study dulu, selalu cakap dengan kawan-kawan macam ni bila tak ada mood. “Mooooodd ooo moooddd. Hang pi mana mood oii, mai la tang ni.. dok lari pi manaa” (baca dengan nada mami jarum! š¤£š¤£š¤£)
Ok, kali ni nak cerita tentang Utrecht. Trip ke Utrecht ni sekali dengan trip ke Giethoorn, cuti lepas raya haji. Untuk rakyat tempatan di Netherlands, mereka lebih suka ke Utrecht berbanding Amsterdam sebab Amsterdam dah terlalu banyak pelancong. Attractions yang ada di Amsterdam, ada juga di Utrecht ni. Contohnya, canal cruise trip dan rumah-rumah senget di tebing sungai. Di Utrecht pun ada. Best ke tak best Utrecht ni? Jom baca selanjutnya. š
Disebabkan trip kali ni nak terus ke Giethoorn, saya pilih untuk pandu kereta dari Maastricht sebab dari Utrecht ke Giethoorn tak ada direct public transport. Kena naik turun train dan bas. Malas sikit kali ni. š Perjalanan dari Maastricht ke Utrecht mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit.
Tempat pertama dituju adalah nak cari Merlin! Eh mana ada Merlin dekat Netherlands. š Tempat pertama adalah Kasteel de Haar, istana terbesar di Netherlands yang dibina pada kurun ke-13 dan kerabat diraja masih lagi datang untuk anjurkan majlis di istana ni pada bulan September setiap tahun. Waktu-waktu lain, istana ni dibuka untuk pengunjung melihat sendiri kehidupan di dalam istana Belanda.
Harga tiket masuk dan parking untuk seorang dewasa adalah ā¬17. Tiket parking dikira per kereta, jadi kalau datang ramai-ramai, seorang je la bayar ā¬17, yang lain ā¬6. Kanak-kanak harga lain pulak. Sebab Covid-19, tiket hanya boleh dibeli online sahaja di https://www.kasteeldehaar.nl/english/about-de-haar-castle/ dan ada timeslot untuk masuk.





Masuk kawasan istana ni rasa macam fairytale sikit. Cantik! Di sekitar istana ni ada taman-taman bunga yang cantik dan ada banyak kerusi untuk menikmati pemandangan. Yang berkelah dekat taman istana ni pun ramai. Cuma jangan lah rosakkan bunga-bunga pulak. Dah pusing-pusing di sekitar istana, baru masuk ke dalam istana.
Mula-mula masuk dalam istana ni macam scary sikit. Haha. Sebab dia suram, banyak patung, dan banyak lukisan binatang. Dah la gelap, rasa macam semua binatang tu tengah tengok kita. š Gambar-gambar bawah ni saya dah cerahkan, kalau tak, tak nampak apa, punya gelap. Haha.
Dalam istana ni boleh masuk tengok bilik-bilik tidur raja dan ahli keluarga, tengok dining hall, ball room, library, tempat bersantai keluarga, dapur dan kawasan-kawasan lain di dalam istana. Menarik dan informative! Boleh nampak pengaruh Dinasti China dalam istana ni. Banyak tembikar, gong cina yang dihadiahkan oleh kerajaan China berkurun lama dahulu.
Periuk tembaga masih digunakan di istana sehingga ke hari ini. Dekat Malaysia kita buat koleksi perhiasan ja tembaga ni. š







Dah habis pusing istana ni, saya terus ke Utrecht center. Google parking murah di Utrecht dan jumpa parking murah di P+R Utrecht Science Park, ā¬4.84 untuk setiap 24 jam. Sangat murah berbanding nak parking dekat city center. Dekat P+R ni ada stesen bas dan tram sekali, sangat convenient.
Kemudian tunggu bas nak ke hotel di Oud Utrecht. Kalau tak ada OV chipkard, boleh beli tiket bas atau tram di tingkat bawah parking lot. Saya menginap di NH Centre Utrecht Hotel, ā¬86 untuk satu malam termasuk sarapan, betul-betul depan bus stop Janskerkhof. Lintas jalan terus masuk lobi! š Bilik selesa, tapi yang paling best, dia dekat dengan banyak attractions. Ni memang penting la untuk saya sebab suka jalan kaki ja ke mana-mana kalau travel. š


Check-in dah pukul 6 lebih dah, mandi solat rehat sekejap, keluar balik cari makan malam. Google ‘halal food near me’, ada la satu ni dekat dengan hotel, sampai-sampai kedai tutup tengah renovate pulak, masuk Albert Heijn beli roti, yogurt, juice dan lain-lain yang boleh makan ja la, pusing-pusing sekejap, lepas makin gelap, balik la bilik. Belum ada keyakinan lagi nak jalan malam-malam sorang-sorang. š
Kalau datang Netherlands, kalau rasa malas nak translate ingredients, cari supermarket Albert Heijn. Senang, dia dah label siap-siap Vegan dan Vegetarian. Halal meat pun ada dekat Albert Heijn.
Esok paginya, sarapan dekat hotel, makan sampai kenyang sebab dah bayar mahal. š Tapi yang boleh makan, roti, telur rebus, cereal, muesli, buah macam tu ja la. Tapi memang tu pun main breakfast mat salleh. Mana ada nasi lemak telor mata ayam goreng berempah, kuetiau goreng, karipap pusing, roti jala, mee kari, nasi dagang apa tah lagi. š oh ni semua antara yang abah mama selalu beli pagi-pagi dekat SP. š

Lepas makan, tempat pertama adalah Dom Tower. Dekat ja dengan hotel, tak sampai 10 minit jalan kaki. Tapi punya la pusing merata, tak nampak-nampak pun mana towernya, rupa-rupanya tower dibaluti dengan scaffolding untuk kerja-kerja maintenance.
Gambar kiri bawah ni, gambar dari internet, macam mana rupa sebenar Dom Tower vs gambar kanan masa saya pergi haritu. Masa lepas insert gambar ni baru perasan yang lokasi sama dua-dua gambar ni! Angle ja lain sikit. š


Dom Tower ni adalah menara gereja yang paling tinggi di Netherlands dengan ketinggian 112 meter, siap dibina pada tahun 1382. Dom Tower ni terletak di bahagian Oud Utrecht (Old Utrecht), bangunan-bangunan lama semua lah kawasan ni. Menara ni pada mulanya bersambung dengan Gereja St Martin tapi sebab ada puting beliung yang dahsyat pada tahun 1674, sebahagian daripada Gereja St Martin musnah dan menyebabkan menara ni terpisah daripada bangunan gereja sampai ke hari ini.

Nak naik atas menara ni pun boleh, tapi tak la tinggi mana pun, malaih den. š Dekat bawah menara ni ada muzium Dom Under. Baca review, semua information dalam Dutch, tak ada english translation, makanya tak jadi lah masuk..
Keluar pagi, tengok langit cerah, pakai la kasut jenis kain. Sekali tengah jalan, langit mendung menanti hujan betul-betul ni. Gelap! Laju-laju balik bilik tukar kasut yang water resistance sikit. Elok lepas tukar kasut, langit cerah secerah-cerahnya pulakk.. Haha. Apa pun, alhamdulillah cuaca elok nak jalan-jalan.
Jalan-jalan sekitar Oud Utrecht, vibe dia best dan relax ja.. Bangunan senget tepi canal ala-ala Amsterdam tapi kecik berbanding Amsterdam tapi lebih relax. Boleh turun ke bawah, ada banyak kedai makan tepi-tepi canal ni. Dekat canal ni boleh sewa bot bawak sendiri, kayak, bot yang kayuh dengan kaki tu pun ada. Boleh berhenti dekat mana-mana untuk naik jalan dekat town, ataupun nak makan pancake tepi-tepi canal ni. Tapi tengok gadis-gadis ni nak berhentikan bot dah satu hal, nak parking bot pulak, lepas tu nk naik ke tebing pun satu hal lagi. Meriah tempat tu dengan suara depa ja. šš



Bangunan senget tepi canal ni menarik sungguh.


Bawah ni, kiri dekat Utrecht, kanan dekat Amsterdam. Lebih kurang jaaa senget dia, warna pun! Tapi Amsterdam senget teruk lagi la..š


Dah puas pusing-pusing, lapar la pulak. Teringat semalam masa jalan-jalan sebelum gelap, ternampak satu cafe ni macam best. Nama dia ada potter-potter something, nampak ada buku-buku banyak dalam cafe tu. Search balik, nama dia Meneer Potter dan terus menuju ke situ. Order Vege Burger dengan cappucino. Sedappp burger dia. š


Lama jugak duduk lepak-lepak sini, sambil tengok map nak pi mana lagi lepas ni. Banyak student buat group assignment kat sini, ada pakcik makcik yang datang baca buku sambil minum kopi, rupa-rupanya ni cafe dalam perpustakaan awam baru Utrecht. Bangunan perpustakaan ni dulu pejabat pos dan diubah suai menjadi perpustakaan awam baru. Ada banyak port best nak study atau buat kerja kat sini! Kalau la dekat ja Utrecht dengan Maastricht, dah selalu pi dah ni. š





Dah habis berangan konon-konon nak sambung study lah apa lah, bergerak lah ikut reality. š Since dekat Amsterdam tak teringin langsung nak naik canal cruise tour, dekat Utrecht ni nak try lah.
Sementara tunggu boarding time cruise tour, sempat masuk satu kedai buku ni. Mostly buku dalam bahasa dutch dekat sini. Buku English ada la sikit-sikit ja..

Harga untuk seorang dewasa, ā¬13.95 untuk 1 jam tempoh cruise. Dalam bot dia letak plastic shield antara kerusi untuk corona measures tapi omputih ni depa kira apa. Main duduk ja suka hati tak ikut seat number, dah la tak pakai mask, nak duduk dekat-dekat orang pulak. Dah tegur elok-elok, dia maki kita pulak dalam dutch, ehhh… sabar Nurul Izzah sabar. š

Naik cruise ni boleh tengok culture dutch yang laid back, suka duduk bersantai tepi-tepi canal. Relax ja la depa ni.. Tapi mungkin sebab waktu pergi ni tak ada pelancong luar, tiba-tiba ja sesat seorang Nurul Izzah di situ, jadi penerangan dalam cruise tour ni dalam dutch sahaja. Nganga la sikit tak faham tapi enjoy ja tengok pemandangan bangunan-bangunan lama. View from the water.



Lepas tu nak bergerak menuju ke Ulu Camii Mosque Utrecht. Masjid ni terletak di daerah Lombok. Indonesia ada Lombok, Netherlands pun ada Lombok! Kawasan ni lively betul dengan muslim vibe dia. Muslim area paling best setakat ni berbanding tempat-tempat lain dalam Netherlands yang dah sampai. Ada banyakkk kedai makanan halal, butik baju muslimah pun ada! Excited sekejap masuk butik tu, tapi size dan design arab la pulak. Haha. Nasib baik jugak, selamatt duit.. šš


Dekat bawah masjid ni ada Kebap Factory. Macam-macam jenis kebab ada dalam ni. Tapi belum lapar waktu ni, ingat nak patah balik bila lapar nanti, tapi dah jumpa makanan lain la pulak, tak sempat nak merasa š . Malam tu Kak Izni sekeluarga singgah makan sini dalam perjalanan balik ke Belgium. Kak Izni cakap sedap, nanti ada rezeki ke Utrecht lagi boleh la cuba. Tak solat dekat masjid ni pun sebab tempat solat hanya dibuka waktu solat jemaah sahaja sejak Covid-19 ni. Jama’ qasar dekat bilik sahaja lah..
Satu tempat yang tak boleh tinggal di setiap bandar di Europe, dia punya main train station. Mesti ada tarikan tersendiri setiap train station dekat sini, samada senibina moden ataupun medieval structure. Utrecht Central Station ni, senibina moden. Lawa dan bersih! Ada banyak tempat boleh duduk makan-makan, minum kopi, makan aiskrim.
Masa tengah duduk makan aiskrim dekat kolam air pancut kat sini, tiba-tiba ada orang menjerit, pi buat kuak lentang, bertaekwando pulak dalam kolam tu. Ramai lah yang merakam dengan telefon masing-masing. Polis pun mai dah. Sekali dia bangun keluar selamber macam tak buat apa-apa. Rupa-rupanya kawan-kawan dia tengah rakam apa dia buat dari tingkat atas kedai sebelah kolam. Tengah buat experiment sosial ka apa ka tak tau lah.. haih..


Sebelah station ni ada Hoog Catherijne Mall yang menyambungkan antara Oud Utrecht dengan Utrecht Centraal. Besar mall ni! One of the biggest indoor shopping centers in the Netherlands. Rasa macam dah lama tak masuk mall sebab banyak outdoor shopping ja sini. Bila masuk mall balik rasa macam pelik sikit.
Cross mall ni, sampai balik ke kawasan bangunan-bangunan lama. Vibe petang tenang dan sunyi sikit dah. Singgah makan Kumpir dan duduk luar tengok orang lalu lalang ala-ala dutch! Haha. Tempat makan kat luar ni, dutch panggil ‘Terrace’. “Terraces are now opened” , “You can seat at the terrace”. Mula-mula dulu ingatkan rumah teres mana pulak depa dok cakap ni, rupanya meja makan kat luar kedai ni… šš


Kumpir ni roasted potato, mashed kan dengan butter, cheese, garam, olive oil, and topped with various toppings! Yang saya order ni ‘King Kumpir’, harga dia ā¬5.20. Ada kacang, sayur-sayur, ayam and pickles. Sooo sedappp! But sooo kenyang! Hahaha. Makan sampai tengah malam. š
Lepas tu jalan-jalan sekitar Oud Utrecht yang makin sunyi petang-petang. Enjoyed strolling the nearly empty narrow streets.



Lepas solat, ingat nak keluar balik, tapi dah penat la pulak. Rehat sambung makan Kumpir sambil kemas barang, esok nak check-out. Ceh, macam banyak sangat barang, 15 minit kemas dah siap. Lepas tu tengok Netflix. š
Kalau jalan dekat Utrecht ni akan nampak banyak sangat Miffy Bunny ni. Daripada kedai jual barang Miffy Bunny, Miffy Bunny Statue, Museum, traffic light Miffy Bunny pun ada!





Rupanya Miffy Bunny ni berasal dari Utrecht! Selama ni ingatkan dari Jepun. Pelukis dia, Dick Bruna berasal dari Utrecht. Miffy Bunny ni dilukis pada tahun 1955 dengan nama Nijntje (little bunny). Jangan tanya macam mana nak sebut Nijntje tuuu. Hahahaha. Sebab susah sangat untuk non-dutch nak sebut nama tu, pada tahun 1996, ia digantikan dengan nama Miffy tapi dutch masih mengekalkan nama asalnya di Netherlands. Ada muzium dia dekat Utrecht ni. Bawak budak-budak seronok la masuk muzium ni.
Overall, Utrecht is wayy better than Amsterdam. Tak crowded, tak ada bau weed langsung dekat tempat-tempat utama, lagi bersih dan tenang. Makanan halal pun banyak. Patut la kawan office banyak kali rekemen Utrecht berbanding Amsterdam.
Till next exploration insyaAllah. š