Assalamualaikum.
Musim panas beransur pergi, cuaca semakin sejuk, siang semakin pendek dan malam mula semakin panjang. Sebab dah tak panas sangat, rasa nak jalan jauh sikit lah. Semak Covid holiday restrictions measures dalam website dutch government, Luxembourg termasuk dalam kategori Yellow Zone, maksudnya, boleh travel, tak perlu balik kuarantin. Kalau travel ke Orange Zone, balik kena kuarantin 10 hari dulu.
Sebelum kita mulakan cerita tentang pengembaraan, jom tambah ilmu dengan fakta tentang Luxembourg.
- Antara negara terkecil di Eropah dengan keluasan 2586 kilometer persegi dan jumlah penduduk lebih kurang 583 000 orang.
- Negara terkaya per kapita di Eropah, dan kedua terkaya per kapita di dunia selepas Qatar.
- Negara dengan gaji minimum paling tinggi di Eropah, paling minimum €2071 sebulan! Tambah lagi 20% untuk skilled workers 😲😲.
- Mempunyai kadar pemilikan kereta yang tertinggi di dunia, 647 kereta untuk setiap 1000 penduduk.
- Luxembourg ada 3 bahasa rasmi – Bahasa Perancis, Jerman dan Luxembourgish.
- Makanan di Luxembourg adalah fusion antara Perancis dan Jerman. – Croissant stesen keretapi pun dekat sini pun dah sedap, belum dekat bakery betul-betul lagi tu. Kalau dekat Perancis mesti lagi sedap!
- Bendera Luxembourg dan Netherlands hanya berbeza tona warna sahaja. 🇱🇺 – Luxembourg, 🇳🇱 – Netherlands
Ok, jom mulakan ekspedisi! Saya memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi dengan menaiki keretapi dari Maastricht ke Liege-Guillemins, Belgium. Tempoh perjalanan dari Maastricht ke Liege adalah 40 minit, dengan harga €6 sehala. Keretapi seterusnya, Liege – Namur – Luxembourg dengan harga €26 sehala. Jumlah waktu perjalanan dari Liege ke Luxembourg adalah 3 jam 10 minit termasuk 15 minit transit di Namur.
Esoknya dah nak travel, malam ni baru nak cari tiket. Haha. Nasib baik Kak Izni suruh tengok dalam apps untuk train, Omio / thetrainline / gopili. Saya tengok dalam apps Omio, dia tunjuk harga, jadual, transit dekat mana, berapa minit transit, platform number berapa. Harga pun murah. Saja ja la nak bandingkan harga online dengan harga beli on the spot dekat ticket machine, double kot harga dia… Baiklah beli online saja, dan nasib baik jugak masih boleh beli tiket last minit sebab ni keretapi jarak dekat dan free seating sahaja. Kalau tak, memang kena bayar harga ticket machine la..
Sampai di Luxembourg dah hampir pukul 1 tengah hari, sebelum nak pergi makan, kena cari tandas dulu. Haha. Luxembourg ni walaupun kaya, sangatlah berbeza dari Netherlands. Di Netherlands belum jumpa lagi tandas yang tak boleh bayar dengan paywave. Semua pakai paywave sahaja. Senang! haha. Tapi dekat Luxembourg ni, masih kena pakai syiling dan ada orang jaga tandas. Nasib baik ada spare syiling jugak! Makcik jaga tandas tu bagi baki 5 keping 2 sen Euro. Nak buat apa la 2 sen ni.. 😅 Masa nak balik ke Maastricht, masuk tandas tu lagi, bagi balik 2 sen Euro tu dekat makcik tu, dia boleh kata dia tak mau syiling tu… 😣 haha. Dah la dekat Netherlands memang tak guna syiling. Hai laa makcik… 😂



Lawa jugak stesen keretapi ni!
Ok, masa untuk makan! Banyak ja kedai kebab Turki dekat Luxembourg ni. Cari yang dekat dengan stesen keretapi, jumpa Snack Lara. Order kebab dengan fries, sekali datang, haa tudiaa.. makann. 😂 Ok la kebab dia, tapi belum jumpa yang betul-betul sedap lagi setakat ni..

Lepas dah makan, mula menuju ke Old Town of Luxembourg City. Stesen keretapi terletak di ‘new city’. Tempat bersejarah yang menarik, banyaknya dekat Old Town. Dari stesen keretapi ke Old Town tak jauh pun, dalam 20 minit jalan kaki dah sampai dah. Tapi sebab waktu datang sini banyak sangat construction work, google maps bawak pusing jauh betul! 45 minit baru sampai! Keras dah kaki punya dok berjalan. Haha. Bila nak balik, tengok maps betul-betul, tak jauh punnn.. boleh ja lalu ikut tengah, tapi google maps bawak pusing ikut lingkaran luar nak elak construction work. 😅
Dalam perjalan ke Old Town, kena melintasi jambatan tinggi! Masa tengah jalan ni dah boleh nampak dah macam ada dunia lain di seberang jambatan tu. Dengan daun-daun pokok yang mula menguning, istana lama dan deretan bangunan atas bukit. Bila tengok ke bawah, ada pulak skatepark. Macam, wow! Lawa!


Dari sini, jalan terus akan jumpa “Gelle Fra” Memorial yang dibina pada tahun 1923 sempena memperingati tentera yang gugur dalam Perang Dunia Pertama. Sekarang memorial ni melambangkan kebebasan dan ketahanan rakyat Luxembourg.

Dari sini, boleh nampak Adolphe Bridge. Jambatan dengan ‘stone arch’ yang terbesar di dunia (85m span). Jambatan ni mula dibina pada tahun 1900 dan siap pada tahun 1903.

Lepas tu boleh mula explore bahagian dalam Old Town. Tengok bangunan-bangunan lama, cantikk ja.. Terjaga elok. Kalau cari Town Hall, ada Tourist Center sekali dekat situ, boleh ambil city map dan walking tour map. Free ja. Tapi Nurul Izzah ni dia jalan main redah ja, jalan ikut lorong yang ada. Map tu guna bila jumpa satu-satu bangunan lawa atau macam landmark, tapi tak tau nama apa tempat tu, baru tengok map. Lepas tu baru ooo, oooo, dan oooo 😂
Macam tiba-tiba jumpa bangunan ni. Lawa! Ukiran dinding dia jelas!


Bila tengok map, oo ni la Grand Ducal Palace tu, kediaman rasmi Grand Duke of Luxembourg. Istana ni asalnya adalah city hall daripada tahun 1572 -1795. Selepas dibuah suai, pada tahun 1890, istana ni dikhaskan untuk keluarga Grand Duke. Boleh masuk tengok dalam istana ni dengan guided tour masa musim panas. Tak boleh nak masuk la masa ni, dah masuk autumn dah.
Dalam itinerary, nak menuju ke Pfaffenthal Lift. Jalan kaki dalam 20 minit dari Grand Ducal Palace. Sambil jalan tu, lalu lorong-lorong sempit ada cafe-cafe, rumah-rumah orang. Sunyi sikit tapi tenang ja.. Warna bangunan hampir sama saja semua. Everything looks almost the same! But full with character.








Dah jalan hampir setengah jam, akhirnya sampai ke Pfaffenthal Lift!

Lift ni free ja, boleh naik turun ikut suka. Tak payah pakai tiket pun, dibuka setiap hari dari 6 pagi sampai 1 pagi, tutup tengah malam. Mula-mula ingatkan dia macam observation deck. Rupanya, ni adalah alternative transportation yang menghubungkan bahagian bawah dan bahagian atas bandar Luxembourg City. Patut la tengok orang bawak masuk basikal dalam lift ni. Dok cakap, eh awat yang bawak basikal masuk lift ni?? Rupanya, dekat atas, ada taman, Pescatore Park, dan boleh terus ke City Center dari atas lift ni. Ni view dari atas lift, tak lah tinggi sangat pun, 71m ja.




Dekat atas lift ni, jalan-jalan dekat Pescatore Park tu, jumpa satu bangunan ni, besar dan cantik! Belek-belek map, tak jumpa pun as one of the attractions. Rupanya, ni adalah rumah orang tua ataupun depa panggil retirement home. Nampak la orang-orang tua berjalan-jalan ambil angin petang..

Memandangkan sepanjang perjalanan ke kawasan Pfaffenthal Lift ni memang dok nampak jambatan merah tinggiiii tu ja, nak tengok jugak dari bawah dengan lebih dekat. Turun balik lift ke bahagian bawah bandar dan mula cari jalan yang paling dekat dengan jambatan tu. Jambatan ni menghubungkan city center bahagian atas dengan European Quarter di Kirchberg. Nampak tak orang tengah jalan kaki kecikkk ja kat atas tu?


Dah pusing-pusing dekat bawah ni, nak pergi ke Chemin de la Corniche pulak. Nampak dah signboard sebelum ke Pfaffenthal Lift ni tadi. Perjalanan nak patah balik ke Chemin de la Corniche ni memang mintak nyawaaaa.. Naik bukit saja semua! Dah la jalan pakai mask! 🤣 Ada ja free tourist bus, cuma rasa jalan lagi best. Haa rasakan la nak jalan sangat. 😂
Sebelum masuk ke kawasan Chemin de la Corniche, akan nampak macam satu viewing point yang dulunya adalah menara kubu kota Luxembourg. Dekat sini boleh nampak European Quarter dengan lebih jelas nun di atas bukit di seberang sana.


European Quarter ni adalah ‘hub’ ataupun center untuk kebanyakan institusi penting Eropah seperti institusi kewangan, institusi kehakiman, suruhanjaya dan lain-lain lagi. Antara yang berpusat di European Quarter ni adalah seperti di bawah:
- Sekretriat European Parliament
- European Commission
- Court of Justice of European Union
- European Investment Bank
- European Investment Fund
- European Court of Auditors
European Quarter ni ada lebih daripada 10 000 orang pekerja, dan lebih daripada separuh daripada mereka datang dari seluruh Eropah, tak duduk dalam Luxembourg pun. Sebab tu Luxembourg ni kaya!
Ok, dah boleh mula explore Chemin de la Corniche, ataupun digelar sebagai ‘the most beautiful balcony in Europe’! Dia tak lah cantik macam tengok gambar-gambar tasik Switzerland tapi kagum sebab tersusun, ada tingkat bawah, ada tingkat atas dan sangat tenang. I literally spent a lottt of time here!


Here comes the history part. Luxembourg Old Town ni adalah UNESCO World Heritage sejak Disember 1994. Asalnya bandar ni adalah bandar berkubu macam dalam kita tengok dalam Lord of the Rings, Merlin semua tu.
Kubu pertama dibina pada tahun 963. Dalam tempoh 4 kurun sejak tahun 1443, Luxembourg telah dikuasai oleh banyak kuasa iaitu Burgundy, Perancis, Sepanyol, Austria dan Jerman. Sepanjang tempoh penguasaan ni, askar-askar terus membina, memperkuat dan membaik pulih kubu ni sehingga terdapat 3 lapisan kubu di Luxembourg dan digelar sebagai ‘Gibraltar of the North’.
Pada Mei 1867, susulan daripada perjanjian Treaty Of London, kubu-kubu ni diruntuhkan dan hanya tinggal 10% sahaja iaitu yang masih boleh dilawati pada hari ini macam gambar bawah ni.


Di bawah kubu ni, ada 23 kilometer ‘Bock Casemates’ yang menjadi tempat perlindungan orang awam dan haiwan peliharaan pada waktu perang, tempat simpanan senjata, laluan rahsia dan banyak lagi kegunaan lain. Dah terbayang Merlin ja ni! 😂 Masa pergi ni, Bock Casemates ni ditutup untuk lawatan, tak dapat lah masuk tengok.
Chemin de la Corniche ni memang ada valid reason la digelar ‘the most beautiful balcony in Europe’. Setiap beberapa langkah, akan nampak sudut berbeza pemandangan dia, dan akan berhenti ambil gambar. Toleh ke belakang, nampak sudut yang lain pulak. Eh lawa betul! Dengan rumah-rumah di lereng kubu atas, jalanraya merentasi kubu bawah, perkampungan di kawasan Grund di bahagian bawah kubu, lepastu ada keretapi lalu, kapal terbang melintas. Leka betul tengok semua! Lepas tu ada banyak kerusi yang disediakan untuk menikmati pemandangan, lagi la syok! 😊





Oleh sebab kaki pun dah tak rasa kaki, bergerak lah menuju ke hotel untuk check-in dan rehat. Saya book City Hotel, dekat dengan stesen keretapi. 5 minit sahaja jalan kaki dari stesen keretapi! Kalau bawak luggage besar, sangat convenient la, dekat. Tapi kalau setakat satu malam, bawak backpack kecik ja, macam rugi pulak hotel dekat sini. Lagi seronok kalau hotel dekat Old Town, sebab banyakkk sangat lagi nak explore dekat Old Town. Tapi ok lah, dapat harga bilik €70.



Lepas mandi, rehat, dah gelap dah dekat luar, tapi laparrr. Nasib baik lorong yang sama dengan hotel ada kedai kebab halal. Beli bungkus makan dekat bilik ja, dah tak larat, mata dah mula merah, badan dah terasa panas, jalan banyak sangat, tak cukup minum air. Malam tu tidur awal! Pukul 10 dah tidur. Haha. Penat sangat sakan berjalan.

Esok pagi, lepas check-out, patah balik ke Old Town sebab nak minum hot chocolate dekat Chocolate House by Nathalie Bonn. Kedai ni betul-betul depan Grand Ducal Palace (tengok gambar atas-atas). Kedai ni punya signature dish adalah chocolate spoon, melted in hot milk! Ada macam-macam perisa chocolate spoon ni. Rambang mata nak pilih.

Masa nak minum dekat sini baru pukul 10 pagi lebih. Nak minum la dekat luar macam mat salleh. Sekali…. tengah tunggu chocolate spoon ni cair, badan pun dah macam nak cair jugak kena matahari punya panas! Menggelupur nak habiskan minum hot chocolate sebab dah tak tahan panas matahari. 😂
Masuk dalam kedai, nak bayar, laaagi rambang mata tengok semua chocolateeee…. dengan kek yang lawa-lawa.. Beli la satu bungkus chocolate ada walnut, badam dengan kismis. Sedapp! Rugi betul beli satu ja. Setiap chocolate dan kek ada disenaraikan ingredients. Boleh check dulu sebelum beli. Yang halal dan vegan pun ada. 😊






Lepas minum ni, jalan-jalan ja dekat Old Town ni, lepas tu slow-slow jalan ke stesen keretapi sebab nak naik keretapi balik ke Netherlands pukul 12.30 tengah hari. Keretapi seterusnya dah petang sangat dah, lambat sangat sampai rumah nanti. Esoknya nak kerja, kena ada masa sikit nak wind down sebelum masuk office pagi Isnin 😅
Luxembourg City has been amazing! Tapi sekejap sangat, tak cukup masa nak explore semua. Kalau ada rezeki pergi lagi, boleh naik public transport dia pulak. Kebanyakannya free ja public transport dalam Luxembourg ni. Selain daripada tiket keretapi pergi dan balik Netherlands dan hotel, saya cuma guna duit untuk makan dan beli fridge magnet ja dekat sini. 😁😁
Till next exploration insyaAllah! 😊