Assalamualaikum. Entry kali ni, kita tambah ilmu tentang macam mana negara yang berada di bawah paras laut, kekal tidak tenggelam (dengan izin Allah š)
Pernah dengar tak yang Netherlands ni sebenarnya di bawah paras laut? Sejujurnya, saya baru tau masa nak berangkat ke Netherlands, masa buat research sikit pasal negara ni. š
Sedikit fakta tentang geografi Netherlands:
- Hampir 1/3 daripada keseluruhan Netherlands berada di bawah paras laut.
- Tempat paling rendah adalah di ‘Nieuwekerk aan den Ijssel’ iaitu 6.76m di bawah paras laut.
- Tempat paling tinggi adalah di Limburg dengan ketinggian hanya 323m di atas paras laut.
Disebabkan keadaan geografi Netherlands ini, Netherlands telah melakukan pelbagai inovasi untuk mengawal paras air dan mengelakkan Netherlands daripada tenggelam. Antara frasa yang terkenal di Netherlands adalah “live with water, don’t fight it”. Netherlands juga menjadi tumpuan dunia untuk teknologi sistem perairan mereka. Antara yang paling terkenal dalam kalangan para penyelidik adalah Delta Works.
Apa itu Delta Works?
Delta Works ini merupakan sistem perlindungan banjir terbesar di dunia sepanjang 30 km di sepanjang selatan timur Netherlands untuk melindungi sebahagian besar kawasan delta Rhine-Muese-Scheldt daripada laut. Projek ini merangkumi binaan empangan, tebatan banjir dan penghadang ombak ribut (Storm Surge Barrier). Projek ini mula dibangunkan pada tahun 1953 selepas satu ribut besar melanda Netherlands dan menyebabkan lebih 150,000 hektar kawasan Netherlands ditenggelami air dan kehilangan hampir 2000 nyawa. Projek mega ini secara rasminya diumum berakhir pada tahun 1997 dengan menelan kos ⬠8.2 billion!
Projek ini telah tersenarai dalam 7 Wonders of the Modern World kerana ia telah menyelamatkan Netherlands daripada kembali tenggelam dek banjir dengan kemungkinan Netherlands untuk kembali dilanda banjir adalah 1 dalam 4000 tahun! Tetapi ini hanyalah pengiraan manusia, berdasarkan ilmu dan kepakaran yang dikurniakan Allah pada manusia. Tetapi, sekali Allah katakan Kun Fayakun, semuanya boleh terjadi. š
Awal Oktober 2020 yang lalu, saya berkesempatan ke Oosterschelde, Zeeland, di mana terletaknya salah satu daripada Storm Surge Barrier ataupun dikenali sebagai Oosterscheldekering. Oosterscheldekering ini terletak di dalam kawasan Delta Park Neeltje Jans di mana pengunjung boleh masuk ke dalam sebahagian daripada Storm Surge Barrier ini dan boleh belajar serba sedikit tentang sistem pengurusan banjir di Netherlands.
Delta Park Neeltje Jans ini adalah ‘educational theme park’. Ada banyak aktiviti untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Harga tiket adalah ā¬25 untuk dewasa dan ā¬15 untuk kanak-kanak (3-11 tahun). Tiket adalah ‘all-in’, satu tiket untuk semua attractions. Boleh dapatkan tiket di website https://www.neeltjejans.nl/en
Untuk trip kali ini, saya menginap di Duinlust Dishoek, lebih kurang 20 minit daripada Delta Park Neeltje Jans. Sepanjang perjalanan, beberapa kali berhenti sebab nampak ladang-ladang rapeseed yang cantik menguning di tepi-tepi jalan. Tak tau nama melayu dia apa, tapi bunga kuning-kuning ni digunakan untuk dijadikan minyak; rapeseed oil. Memandangkan saya pandu kereta sendiri, maka banyaklah persinggahannya, pantang nampak tempat lawa, mesti singgahš .


Dah sampai Delta Park dan comfirmkan tiket online, saya terus tempah slot untuk boat trip. Sebelum sampai, dah download peta Delta Park ni, tapi hard copy map pun ada disediakan di pintu masuk dan ada disertakan jadual waktu untuk setiap aktiviti. Disebabkan park ni boleh tahan jugak besar dia, dan waktu operasi dari pukul 11 pagi sampai 5 petang sahaja, kena rancang masa dan pilih aktiviti yang berminat. š

Tempat pertama yang dituju adalah ke Delta Experience. Dekat sini, ditayangkan filem pendek 4D tentang banjir besar pada tahun 1953. Pendek ja filem dia, kurang daripada 10 minit dan tak duduk pun, berjalan dari satu scene ke scene yang lain. Sangat impactful! Siap ada angin, bergegar-gegar dengan percikan air untuk menggambarkan suasana ribut dan juga menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang terselamat daripada derusan air laju yang memusnahkan rumahnya dengan hanya merentasi sekeping papan. Fuhh. Dramatik. Tak sedar tiba-tiba berair mata š .

Lepas habis tengok Delta Experience, terus menuju ke Storm Surge Barrier! Dalam map ni, dia tulis Deltawerken (No. 4). Barrier ni dibuka untuk pengunjung daripada pukul 11.30 pagi – 3.30 petang sahaja. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam barrier ni, pengunjung sebenarnya berada betul-betul di bawah jalan raya. Boleh dengar bunyi tayar kereta dari atas. Di sini, boleh belajar macam mana Storm Surge Barrier ni berfungsi, ada model-model dan poster boleh baca. Nak terangkan pun tak pandai, bukan orang civil engineering. Antara tujuan utama datang ke sini pun sebab nak tunjuk dekat kakak, dia lecturer civil water engineering. Kalau datang dengan dia, mesti dah jadi free field tour. š


Lepas tu boleh ke bahagian luar, boleh tengok dengan lebih dekat struktur gate Storm Barrier ni.





Pada asalnya, barrier ini dirancang untuk dijadikan barrier tertutup, menyekat terus kemasukan air laut ke Oosterschelde. Tetapi idea ini mendapat tentangan penduduk tempatan dan aktivis alam sekitar kerana akan merosakkan ekologi semulajadi di kawasan ini yang merupakan kawasan pertembungan antara air sungai dan air laut yang membentuk ekologi yang baik untuk flora dan fauna. Berdepan dengan pelbagai tentangan, akhirnya ianya ditukar menjadi moveable gate barrier berdasarkan paras air laut. Ini dapat mengekalkan ekologi kawasan sekitar dan membolehkan penternakan kupang dan tiram dijalankan dengan meluas. Kawasan Oosterschelde mempunyai kualiti air yang bersih dan mempunyai nutrient yang baik untuk pembiakan tiram dan menyebabkan Oosterschelde menjadi antara pembekal utama tiram di Eropah.

Selepas keluar daripada Storm Surge Barrier ni, saya menuju ke point nombor 8 dalam peta untuk menaiki kapal persiaran. Perjalanan kapal persiaran ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selain daripada boleh tengok Storm Surge Barrier dari air, pengunjung juga boleh tengak singa laut liar (tak ada rezeki saya waktu ni) dan kawasan penternakan tiram. Waktu ni Oktober, dah mula sejuk, naik jugak kapal duduk open air, sebab rasa rugi kalau duduk bawah. š



Lepas turun daripada kapal persiaran, saya ke Bluereef Aquarium, point nombor 9 dalam peta. Low than expectation sikit masuk aquarium ni. Kecil sahaja tempatnya dan tak banyak hidupan laut pun yang boleh tengok. Saya masuk dua kali sebab ingatkan tersalah keluar pintu, sekejap sangat dah sampai ke pintu keluar. Rupa-rupanya memang kecil sahaja dalam dia. Under Water World Langkawi dan Aquaria KLCC menang berkali-kali ganda berbanding Bluereef Aquarium ni. Malaysia Boleh! š

Ada juga taman tema air, tapi saya tak pergi la. Malas nak basah-basah, sejuk-sejuk ni. š Pertunjukan singa laut lambat pulak jadual dia, jadi saya jalan-jalan sekitar Delta Park menikmati pemandangan kincir angin yang banyak dan cantik, ditambah pula dengan kepulan awan Belanda yang sentiasa cantik, subhanallah..




Lepas tu sebelum pulang ke guest house, saya cuma duduk tepi laut, explore jalan dekat lumut-lumut sambil korek sisa-sisa tiram, menikmati alam dan bunyi ombak yang sememangnya tak ada di Maastricht. Masa ni air surut. Tengah jalan-jalan dekat tebing laut tu, tak sedar dah sampai ke tengah. Nak patah balik, dah jauh dah. Tawakal sajalah jalan sampai ke hujung. š







Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu kita sedikit sebanyak tentang sistem kawalan banjir di Netherlands. Kalau ada fakta yang salah, boleh bagitau untuk dibetulkan. Entry ni tergendala lama sangat, akhirnya siap jugak pada 22 Mac 2021, on World Water Day! What a coincidence! šš
terbaik Puan Izzah Mokhtar…!!Terasa macam nak pg jugak lah…
LikeLike
Pegi la.. hehe.. š
LikeLike