Sepetang di Valkenburg

Valkenburg

Assalamualaikum.

Hari ni ada masa untuk jalan-jalan sekejap di Valkenburg, yang terletak dalam wilayah Limburg jugak, lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Maastricht. Sebelum ni pernah pergi sekali ke Valkenburg ni masa Quality Team punya Team Event January lepas. Kami buat aktiviti dalam mining cave!

Memang dah plan nak jalan-jalan ke Valkenburg hujung minggu ni, kebetulan hari ni masa kelas memandu, cikgu tu bawak pusing jalan-jalan tempat menarik dan dia bawak ke satu istana lama dekat Valkenburg. Jadinya, lepas habis kelas memandu, balik rumah masak, makan, solat zohor and start exploring! Sekarang siang panjang, so keluar rumah pukul 3 petang pun still okay. 😁

Lokasi pertama, Chateau St. Gerlach. Tempat ni dulu adalah sebuah gereja, tapi dah diubah suai jadi hotel eksklusif, convention place, coffee house, restaurant, spa, ada rose garden jugak! Tempat parking kereta dekat sini free! Tempat lain selalunya kena bayar ikut jam. So boleh lah spend time lama sikit kat sini.

Chateau St. Gerlach. Macam rasa nak berlari-lari ala Shah Rukh Khan turun helicopter masa dia sampai rumah dalam Mohabbatein pulak. 🤣
Outdoor dining set up untuk mat saleh yang memang suka berjemur.
Pintu masuk utama hotel dekat Chateau St. Gerlach. George w.Bush pun pernah menginap kat sini.

Dekat halaman kawasan Chateau St. Gerlach ni, ada banyak art sculptures dan sesetengahnya, ada harga sekali kat situ kalau siapa berminat nak beli.

Kucing ni 23,000 Euro! haa..
Garang sangat aihh.
Hanging metal ball!
Rose Garden yang kemas dan wangi! Ya la, dah nama pun rose garden. Tapi bunga dia tak berapa nak banyak.

Lepas tu, gerak pergi ke Valkenburg Centrum, pusing-pusing cari tempat parking. Nak patah balik, jalan sehala, jalan sempit pulak tu, jalan lah terus lagi, tiba-tiba sampai dekat jalan bengkang bengkok, yang memang tak boleh u-turn, tak ada simpang nak patah balik. Terus saja lah.. Lepas tu tiba-tiba sampai ke kampung nama Sibbe dekat atas bukit 😅. Cantik-cantik rumah kat situ! Tapi sebab jalan sempit sangat, malas nak berhenti ambil gambar.

Dah selamat parking kereta, jalan kaki dalam 15 minit ke Station Valkenburg, iaitu stesen keretapi tertua di Netherlands. Sebab apa tak bawak kereta ja ke stesen ni? Sebab, bila jalan kaki, banyak lagi benda kita boleh tengok. Bila bawak kereta, nervous jalan kecik, dengan basikal banyak lagi, apa pun tak boleh tengok. 😅

Station Valkenburg, stesen keretapi tertua di Netherlands yang dibuka pada tahun 1853.
Tempat jual tiket asal stesen ni dah jadi kedai ais krim. Tempat jual tiket pakai mesin ja sekarang ni.

Lepas tu jalan-jalan dalam pekan Valkenburg ni. Cantik! Tapi ramai lah pulak orang. Kedai-kedai makan walaupun jaga jarak, tapi nampak penuh jugak. Musim-musim Covid-19 ni, kita elak lah tempat yang ramai orang selagi boleh, makanya jalan-jalan sambil mengelak orang saja lah dulu. Valkenburg ni dia ada Castle Ruins (tinggalan istana lama). Bangunan dalam pekan ni pun banyak lagi menara-menara kubu istana dulu-dulu. Ada sebahagian bangunan yang dah dibina semula sebab dah kena bom dengan Jerman masa perang dulu. Ada banyak tempat tulis ‘We Still Remember’ menggambarkan kenangan perang antara Belanda dan Jerman yang masih tak dapat mereka lupakan. (tapi kenangan dia perang dengan negara lain dia tak mau ingat pulak? hmm..)

Kincir air dekat tepi rumah.
Tu patung ja tu. Haha.

Banyak lagi tempat menarik dekat Valkenburg ni, tapi tak pa. Dekat ja.. Nanti boleh datang lagi, InsyaAllah. Antara tempat menarik untuk next visits:

  1. Wilhelmina Tower – ada cable car, slide turun bukit dan aktiviti-aktiviti outdoor yang lain.
  2. Sprookjesbos – Fairytale amusement park!
  3. Christmas Market in cave! – nanti la hujung tahun yang ni.

Till next exploration! InsyaAllah.. 😁

13 thoughts on “Sepetang di Valkenburg

Leave a reply to Adawiah Cancel reply