Adhoc Weekend Trip to Rotterdam

Rotterdam

Assalamualaikum.

Sabtu lepas ada makan-makan raya hosted by Malaysian di Rotterdam. Rotterdam dari Maastricht lebih kurang 2 jam 15 minit bawak kereta. Asalnya ingat nak balik hari ja, tak nak overnight sebab minggu seterusnya dah ada plan lain. Tapi fikirkan lepas makan makan makan dan makan (makanan Malaysia kott 😝 ), nak bawak kereta balik Maastricht lagi 2 jam lebih, dah la speed limit 100 km/h ja dekat highway, mesti mengantuk nanti. Lepas tu Ilia cakap:

“Stay ja la dah alang-alang pi tu.. bukan pernah pi lagi.. tak payah berkira sangat pasal duit, dok pikiaq duit sangat tu yang rasa tak cukup tu” 😅

Makanya, hari Jumaat lunch break terus cari hotel dan Alhamdulillah jumpa yang murah, dekat city center, dan yang paling penting, tandas dalam bilik! Kriteria utama saya, tandas kena dalam bilik, yang lain tak kisah sangat, janji boleh tidur. Dapat book bilik dekat Hotel Milano, dengan harga EUR 50 satu malam tambah EUR 3 untuk city tax.

Lepas makan-makan terus ke hotel. Bawak kereta dalam Rotterdam City Center ni nervousnyaaaa.. Jalan sempit, jalan yang sama ada laluan kereta, laluan tram. Tak tau nak tengok tanda jalan yang mana satu! Lepas tu basikal lagi. Motor biasa kat sini, sama ja macam basikal, tak payah pakai helmet, suka hati jaaa.. Motor besar baru behave elok. 😅 Nak parking pulak, ya Rabbi dengan sempitnya, kebanyakan parking pulak side parking yang sempit. Haaa.. berpeluh jugak lah nak boleh masuk parking lot.

Decent enough untuk EUR 50 satu malam dengan tandas dalam bilik. Cukup lagi ruang untuk solat.
Tangga hotel punya la curam! Tapi hotel ni wheelchair friendly jugak dan ada lift. Boleh request bilik yang bersesuaian.

Hotel Milano ni dekat dengan kawasan makanan halal. 9 minit jalan kaki ke Halal Fried Chicken! Lamaaa tak makan ayam goreng tepung ala-ala KFC, perasaan dia masa sampai kedai ni, senyum sampai telinga! Haha. KFC ni kat Malaysia hang dok pandang sebelah mata sangat kan? haa.. rasakan.. 😝😝

EUR 7.25 untuk satu set.

Deretan kedai makan berdekatan Halal Fried Chicken ni ada lagi kedai-kedai Arab dan Turki. Indian food pun ada, boleh pilih yang mana halal.

Lepas perut dah di isi, baru lah mula jalan-jalan. Masa ni dah pukul 7.30 malam tapi cerah lagi sebab sekarang maghrib pukul 10 lebih malam. Sempat lagi nak jalan sebelum gelap.

Sebelum tu, sedikit sejarah tentang Rotterdam. Rotterdam ni tak macam bandar-bandar Belanda yang lain, yang ada bangunan lama cantik-cantik tepi terusan tu. Rotterdam ni bandar moden sebab kebanyakan daripada bangunan lama dah musnah akibat kena bom oleh Jerman pada Mei 1940. Tapi bangunan lama yang masih selamat, dipelihara dengan baik sebagai bukti sejarah.

Kat bawah ni, tempat-tempat yang saya sempat lawat sepanjang 1 hari setengah, hujung minggu di Rotterdam. Semua tempat-tempat ni dekat-dekat ja antara satu sama lain dekat city center. Jumpa satu, jalan-jalan sikit jumpa yang seterusnya. Kena bukak mata luas sikit ja 😊.

Cube Houses

Cube Houses ni terletak di Overblaak, lebih kurang 20 minit jalan kaki dari hotel. Ni adalah apartment yang senget 45 darjah dicipta oleh arkitek Piet Blom. Memang ada orang yang tinggal dalam apartment ni. Dekat sini ada muzium dia, tapi sebab dah ‘malam’ jadi muzium dah tutup, tak boleh nak tengok dalam dia macam mana. Enjoy ambil gambar saja lah. Kalau nak merasa bermalam dekat apartment senget ni, boleh try sini https://www.stayokay.com/nl/hostel/rotterdam It looks cool though!

Pencil Tower

Pencil Tower ni sebelah ja Cube Houses tu, dicipta oleh arkitek yang sama.

Oude Haven (Old Port)

Bangunan putih tinggi tu nama dia White House. White House ni antara bangunan lama yang selamat daripada pengeboman Jerman dan merupakan bangunan pencakar langit pertama (high rise building) di Eropah yang dibina pada tahun 1898 dengan ketinggian 43 meter.

*curiousity checked: Eiffel Tower siap dibina pada tahun 1889, lebih awal daripada White House ni, tapi apparently, Eiffel Tower bukan bangunan pencakar langit. 🤷🏻‍♀️

Di Old Port ni ada banyak kapal-kapal lama yang dijadikan ‘live museum’. Setiap satu kapal yang ada dekat pelabuhan ni ada nama dan kisah dia. Tak ingat dah kisah dia apa tapi salah satu kapal ni dah berusia lebih daripada 100 tahun.

Willemsbrug (Willems Bridge)

Jambatan ni baru jugak la.. Siap dibina pada tahun 1981. Tak sampai lagi Golden Gate Bridge, San Francisco tu, yang ni pun boleh la.. 😁

Erasmusbrug (Erasmus Bridge)

Mercu tanda Rotterdam, Erasmus Bridge
The Swan

Erasmus Bridge atau nama lainnya ‘The Swan’ disebabkan oleh bentuknya yang macam swan. Ni jambatan baru, klau ikut internet cakap, tunggu sampai malam lagi lawa ada lampu-lampu. Sekarang ni 10.30 malam pun belum gelap, memang tak boleh la nak tunggu..

Dua dua jambatan ni sebelah-sebelah ja. Di sepanjang sungai ada banyak kerusi boleh duduk ambik angin petang sambil menikmati pemandangan. Sempat la duduk sekejap regangkan kaki, lepas tu tengok jam, alamak dah pukul 9 malam dah. Nak kena balik hotel dah ni. Bukak Google Maps, tapiiiii dia asyik recalculate pulakk. Maps tak nak center, dah masuk simpang yang dia suruh, tiba-tiba dia recalculate. Sebab dah makin lewat, hari dah nak gelap, berjalan punya lah laju sambil cuba cari landmark yang nampak masa keluar tadi. Akhirnya 10.15 malam baru sampai hotel, Alhamdulillah sampai bilik sebelum gelap. Berjalan level apa tak taw dah punya laju. Jumlah steps petang tu saja, lebih 20,000 steps! Angkara Google Maps tak bagi kerjasama. 😅

Esoknya, sambung breakfast ayam Halal Fried Chicken yang semalam tak habis, checkout dan bawak kereta parking dekat Rotterdam Central. Tips nak parking dekat Netherlands ni, check online dulu cheapest parking rate di sekitar tempat yang nak dituju. Lain tempat lain harga dia, ada yang EUR 8 satu jam, ada yang EUR 8 satu hari. Ada yang sampai puluh-puluh Euro untuk 3-4 jam!

Paling murah biasanya Q-Park yang dipinggir bandar dan kena naik keretapi masuk ke bandar. Sesetengah tempat, ada Q-Park yang percuma. Jadi pastikan check dulu sebelum park kereta okay.

Saya park kereta di Q-Park P+R Rotterdam Central dengan harga EUR 8 untuk 5 jam. Ni murah sangat dah ni. Tapi, ada syarat dia. Mesti kena naik train/tram/metro dari Rotterdam Central. Nak keluar parking nanti, tunjuk bukti tiket naik train/tram/metro baru boleh dapat rate murah. So, plan la perjalanan elok-elok 😊

Rotterdam Central. Lawa betul design bangunan.

Luchtsingel Bridge

Kalau Google suggested tempat di Rotterdam, jambatan ni mesti muncul. Lebih kurang dalam 10 minit ja jalan kaki daripada Rotterdam Central. Instagrammable la tempat ni tapi tak ada apa sangat. Tapi yang menariknya, jambatan ni panjang dia 390m ja, tapi dibina dengan 17,000 keping papan kayu. Dan setiap keping papan tu ada sponsor dia. Mula-mula ingat nama apa la tulis dekat papan-papan ni, rupa-rupanya tu nama sponsor papan-papan ni.

Lepas tu patah balik ke Rotterdam Central, naik Metro ke Coolsingel Street. Nak naik bas/train/tram/metro kat sini senang ja. Sangat efficient dan on time. Boleh check website ni https://9292.nl/ ataupun download app dia untuk check nak naik bas/train/tram/metro. Dia bagi semua options yang ada, berapa minit nak kena jalan kaki dengan harga sekali. 👍

Coolsingel Street

As cool as it sounds, tempat ni ada banyak kedai untuk shopping macam-macam dan ada deretan kedai makan. Kedai arab dan turki pun ada dekat kawasan ni. Tapi masa ni belum lapar, dan shopping is not really my thing, so tak masuk mana-mana kedai pun kat sini. 🙊

Markthal (Market Hall)

Selain daripada Erasmus Bridge, Market Hall ni pun mercu tanda Rotterdam jugak. Ni adalah apartment dekat bahagian luar, dekat bahagian dalam, bazar makanan! Semalam dah sampai sini, dia depan Cube Houses tu ja, tapi sebab dah ‘malam’ bazar dah tutup. Ni gambar atas ni gambar pukul 8 malam! 😅

Masuk-masuk ja Market Hall ni dah terpukau dengan ceiling dia, lawanyaaaa…

Market Hall’s ceiling is just WOW!
Tingkap-tingkap apartment. Apartment sebelah luar bangunan ni, tapi ada tingkap yang boleh tengok dalam bazar.

Dekat dalam bazar ni ada macam-macam makanan! Stroop waffle, Belgian chocolate, makanan arab/turki, rempah ratus, macam-macam lah dalam ni. Pusing lah dulu cari yang mana halal dan berkenan di hati. Harga ikut jenis makanan. Kalau street food, EUR 6 dan ke bawah dah boleh dapat yang best2. Kalau makanan untuk lunch, dalam EUR 10-30 macam tu.

Ni last pit stop sebelum balik ke Maastricht. Tak boleh lama sangat, Isnin nak kerja, nanti penat. Pukul 6 petang dah sampai Maastricht sempat lah rehat sebelum masuk kerja esok pagi.

Secara keseluruhan, Rotterdam city center ni cantik, moden, bersih. Banyak muslim, banyak makanan halal. InsyaAllah tak lapar kalau tak bawak Berahim. 🙊

Ni some random pictures yang saya ambil masa jalan-jalan cari jalan. 😁

Jumlah perbelanjaan termasuk hotel, makan, coffee, roti, parking, tambang metro tapi tak termasuk minyak, EUR 130.

Kalau ada yang baca ni untuk plan ke Rotterdam, moga ada manfaatnya InsyaAllah. Till next exploration insyaAllah!😊

2 thoughts on “Adhoc Weekend Trip to Rotterdam

Leave a reply to Liliy Cancel reply