Windmills in Zaanse Schans

Assalamualaikum.

Dah duduk dekat bumi windmills ni dah hampir 7 bulan, tapi tak dapat lagi tengok betul-betul windmill kayu yang cantik dalam gambar tu. Yang nampak tepi-tepi jalan, yang moden tinggi-tinggi tu ja.

Alhamdulillah kali ni dapat sampai ke Zaanse Schans, tempat windmills. 😁😁😁

Postcard perfect betul tempat ni.

Zaanse Schans ni dah nak ke utara Netherlands dah. Macam mana nak sampai sini? Saya naik NS Intercity Train dari Maastricht, tempoh perjalanan 2 jam 25 minit dengan harga tiket EUR 27 satu hala. Ada day-ticket yang boleh dapat tiket murah, tapi sebab Covid-19, day-ticket ni depa stop jual sekejap nak kurangkan jumlah orang naik train. Sangat convenient naik public transport dekat Netherlands ni. Tak payah beli tiket upfront. Macam naik komuter, LRT, MRT dekat KL lah.. Sampai stesen, beli tiket dekat mesin tiket, naik ja terus bila-bila sempat. Free seating. Kalau bukan peak hours, insyaAllah banyak tempat duduk. So tak kelam kabut sangat, tak risau burn ticket kalau terlepas train.

Kalau nak duduk lama dekat sini, senangnya beli OV-Chipkaart, macam kad Touch n Go kat Malaysia, swipe ja nak naik turun train, bas atau tram di seluruh Netherlands. Semua tempat boleh guna. Guna https://9292.nl/ dan https://www.ns.nl/en/ untuk rancang jadual perjalanan. Dua-dua site ni akan bagitau siap-siap platform mana apa semua.

Ok, nak ke Zaanse Schans. Kita mula dari Amsterdam Central Station okay.

  • Naik Sprinter train ke Zaanse Schans, Station Zandijk.
    • Tak payah keluar Central Station, dalam station tu jugak. Semak platform mana dekat https://9292.nl/
    • Harga tiket sehala EUR 3.40
    • 17 minit dari Amsterdam Central
  • Sampai dekat Station Zandijk, ikut ja signboard ke Zaanse Schans. Jalan kaki dalam 10 minit macam tu (kalau tak melencong 😝) lepas tu nampak la windmills!

Ok, sedikit latar belakang Zaanse Schans. Windmills dan bangunan-bangunan bersejarah dekat sini, dipindahkan dari sekitar Zaan Region dan dijadikan satu central location untuk sejarah Zaan Region. Dulu ada lebih daripada 600 windmills di Zaan Region ni. Lepas tahun 1850 enjin wap mula diperkenalkan dan windmills makin kurang digunakan. Windmills ni digunakan untuk gergaji kayu, hasilkan tepung, giling rempah ratus dan macam-macam lagi lah.

Nak masuk dekat Zaanse Schans ni free ja. Kalau nak jalan-jalan nak ambil gambar relax-relax picnic tak payah bayar pun. Tapi nak naik windmill, EUR 5 untuk satu windmill. Ada beberapa windmills yang boleh masuk, pilih salah satu dah la. Mahal kott nak bayar nak masuk semua. 😅

Kalau search online, nanti jumpa Zaanse Schans Card (tiket), EUR 15 untuk dewasa. Beli tiket ni, dapat masuk free semua muzium dekat Zaanse Schans ni (tak termasuk windmill. Windmill EUR 5 untuk satu windmill), diskaun untuk boat tour, diskaun dekat selected souvenier shop kalau spend lebih EUR 10. Personally, tak berbaloi pun beli tiket ni. Boat tour dia sekejap sangat, 20 minit macam tu ja dan mostly dalam dutch, dia cuma cakap dalam english sikit-sikit ja.. Kisah sejarahnya dia cakap dalam dutch. Souvenier kat sini mahal! Tak payah beli kat sini, beli dekat Amsterdam murah. Benda yang sama, beza sampai EUR 10 pun ada antara Zaanse Schans dengan Amsterdam.

Tapi kalau nak beli jugak tiket ni, pastikan sampai-sampai ke Zaanse Schans, terus collect tiket ni dekat Zaans Museum Chocolate & Biscuit Factory. Bangunan paling besar kat sini, senang ja nak nampak. Dia akan bagi peta dan dia bagitaw kedai mana yang ada discount. Saya masuk Zaans Museum ni lassttt sekali sebab nak sejukkan diri dalam aircond lepas dah bergambar bawah matahari terik musim panas. 🙊 Tapi lepas tu dah penat nak baca-baca sejarah apa semua dalam muzium. Haha.

Ok, dekat windmill, saya masuk ‘Paint mill De Kat’ Windmill. Windmill ni dia buat cat (paint).

De Kat atau The Cat
Actual mill tengah bekerja untuk hasilkan cat.

Nak sampai ke mill ni, kena naik tangga yang sangatt curam. Hampir tegak tangga diaaa. Haha. Untuk mak ayah yang dah tak berapa nak kuat, atau untuk orang muda yang ada masalah lutut, orang yang gayat, tak dinasihatkan masuk la.. Nak naik satu hal, nak turun satu hal pulak. 😅

Tangga nak naik dan turun windmill

Sekejap ja dalam ni, macam sesak nafas sikit sebab tempat sempit 😅 terus keluar ambik angin dan enjoy view cantik. Cantikk kat sini… Tenang ja subhanallah. Tapi rezeki jugak Allah bagi, dapat datang sini masa pelancong belum masuk Eropah lagi. Alhamdulillah dapat la jalan dengan tenang tak banyak orang. Sampai orang-orang kedai dan muzium tanya, datang dari mana, macam mana boleh sampai sini masa Covid-19 ni, naik kapal terbang macam mana. 😅

Dekat sini ada muzium kasut kayu. Macam-macam jenis kasut kayu ada daripada zaman dulu-dulu. Nak ambil gambar wajib dekat kasut kuning ni tak payah beratur tunggu giliran pun! 😁😁

Ada muzium keju jugak. Boleh tengok video macam mana proses penghasilan keju, boleh rasa dan beli macam-macam jenis keju. Tapi kena tanya dulu suitable for vegetarian atau tak. Sebab dalam keju ada ‘Rennet’ iaitu sejenis enzim yang diekstrak daripada lapisan perut anak lembu atau khinzir, digunakan untuk mengentalkan susu untuk jadi keju. Ada percanggahan pendapat samada Rennet daripada anak lembu tu halal dimakan atau tak, tapi nak elakkan syubhah, kita makan keju yang Rennet nya diperbuat daripada sumber tumbuhan ataupun sintesis mikroorganisma. Tanya dulu suitable for vegetarian atau tak. Kalau tak, depa ni cakap terus je tak. Hati lebih tenang kalau pilih yang tak syubhah. 😊

Keju yang dibiarkan melalui aging process.

Ada lagi la muzium-muzium lain, Cacao Lab boleh belajar prosess nak hasilkan chocolate secara manual. Dekat Zaans Museum (bangunan besar tempat collect tiket) ada tunjuk prosess nak hasilkan chocolate dalam kilang.

Sebab lapar dan panas sangat masa jalan-jalan dekat Windmill, tak boleh tahan lama dah nak jalan muzium-muzium lain. Kepala dah rasa nak pecah, perut dah bergendang, dah tak boleh nak function well dah. 😅 Hairan betul mat salleh masih boleh berjemur panas-panas ni. Untuk para jejaka nak jaga mata, datang sini pagi-pagi, tengah hari atau awal petang macam tu balik, tak payah la tengok orang berjemur. 🙈🙈

Enjoy video di sekitar Zaanse Schans! My first video ever! Maaf kualiti beginner sangat. Haha. There is always the first time to everything. 🙈

Moga ada manfaat untuk sesiapa yang bercadang nak mencari windmills. Till the next blog insyaAllah 😊.

4 thoughts on “Windmills in Zaanse Schans

  1. Pagi td sampai la ni aku busy ngurus anak n rumah. Tgk video kau n dengar music tu terus cam.. fuhhh wowww. Terus wave otak dr alpha turun ke beta. Calming. Aku rasa relax. Tq jah!!! I want more i want moreeee hahaha

    Like

  2. Assalamualaikum. Thanks for sharing..Jumpa blog ni ms search “zaanse schans cheese halal”. Cheese dia ada print ingredient in english tak? 20 tahun dulu ‘innocent’ masuk mulut je apa yg depan mata hahaha ni nak pergi bawa rombongan cik kiah so nak kena lebih alert…

    Like

    1. Waalaikummussalam.. Label cheese dekat Zaanse Schans ni tak pasti ada English label atau tak. Tapi boleh je tanya.. ataupun pakai google translate yang camera tu.. Senang sikit.. Kalau luar daripada Zaanse Schans, boleh pergi supermarket Albert Heijn, banyak option label in English dan terang-terang dia label vegetarian tu. 😊

      Like

Leave a reply to hani Cancel reply