Assalamualaikum. Giethoorn adalah antara tempat viral dalam kalangan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Netherlands. Ia disenaraikan sebagai tempat wajib dikunjungi di Netherlands. Nama lainnya adalah Venice of the Netherlands, dan digambarkan cantik umpama syurga dunia!
Tengok gambar-gambar dalam internet dan baca review memang tak sabar betul nak pergi. Raya Haji tahun ni jatuh dalam musim summer break. Kawan-kawan office yang lain semua cuti minimum 2 minggu untuk summer break. Kebetulan Raya Haji, terus je lah cuti jalan-jalan dalam Netherlands. 😊
Macam mana nak sampai ke Giethoorn?
Giethoorn ni terletak 121 km daripada Amsterdam. Saya ke Giethoorn dari Utrecht. Perjalanan dari Utrecht ke Giethoorn dengan kereta mengambil masa 1 jam 45 minit (campur berhenti toilet, beli coffee dan traffic sedikit slow).
Kalau dari Amsterdam Central, boleh naik keretapi ke stesen Zwolle atau stesen Steenwijk, kemudian naik bas No. 70 untuk ke Bushalte Dominee Hylkemaweg. Dengan public transport, akan mengambil masa dalam 2 jam 30 minit untuk sampai ke Giethoorn dari Amsterdam. Download app https://9292.nl/ dan anda boleh semak dan rancang perjalanan anda dengan lebih efficient 😊
Trip kali ni ditemani Aina dan keluarga. Kami rancang untuk berkumpul di Giethoorn dan sewa bot sama-sama. Kami park kereta di parking lot Smit Giethoorn. Ini adalah boat rental company yang pertama akan jumpa sebaik sahaja sampai ke kawasan perkampungan Giethoorn, paling hujung sepanjang canal. Kami datang waktu Corona, jadi tak ada international tourist, bot memang banyak kosong dan boleh walk-in sahaja untuk sewa bot. Waktu biasa, difahamkan jumlah pelancong ramai, jadi kena tempah bot lebih awal sebelum datang ke sini. Boleh survey boat rental company yang lain. Memandangkan bot yang kami sewa ini, adalah yang paling hujung sekali di sepanjang canal, jadi kami dapat explore dari hujung je hujung canal. Boleh check website ini untuk sewa bot. https://www.smitgiethoorn.nl/
Ada banyak jenis bot yang boleh disewa, nak pandu sendiri boleh, nak naik tourist bot yang ada tour guide pun boleh. Tapi saya tak advise la naik yang tourist bot tu, naik bot yang boleh pandu sendiri lagi best. Boleh berhenti di mana-mana nak berhenti. Harga pun lain-lain ikut jenis bot dan berapa lama tempoh nak sewa bot. Jenis bot yang kami sewa, satu jam 15 Euro.
Bot yang wheel chair friendly pun ada. Nak berkayak, dayung sampan pun boleh. Pilih lah nak yang mana. 😊 Air canal ni tak dalam pun, orang dewasa kalau jatuh pun selamat ja.. Tapi tak nampak pulak ada bot atau kayak terbalik. Selamat insyaAllah.

Sebelum memulakan perjalanan dengan bot ni, pekerja boat rental company akan tunjukkan cara nak pandu bot. Mungkin struggle sikit lah kot mula-mula, tapi lepas tu tengok suami Aina dah boleh handle dah.. Anak-anak Aina pun gilir-gilir bawa bot ni. Maknanya senang lah kan? Haha. Makcik Izzah segan nak ke belakang bot, jadinya duduk lah dekat depan nikmati pemandangan. 😁 Dekat sini banyak ‘whisper boat’, iaitu electric boat yang tak ada bunyi dan environmental friendly. Nyaman ja udara, tak ada bau diesel enjin bot. Tempoh masa nak habiskan tour dengan bot ni antara 2-3 jam. Kami habiskan jugak tour dalam 2 jam sebab kalau masuk jam ke 3, dah jadi harga lain. 😅
Giethoorn ni adalah perkampungan yang mana dulunya pengangkutan utama adalah melalui terusan sungai. Dengan sampan lah penduduk tempatan bawa hasil galian tanah gambut, lembu susu, pengangkutan harian dan bawa jenazah pun dengan sampan.
Rumah-rumah di sini cantik! Semua terjaga elok dan mungkin sebab sekarang musim panas, semuanya hijau dan bunga-bunga nampak cantik sangat! Subhanallah.. Kebanyakan rumah di sini berpenghuni dan ada sesetengahnya dijadikan Bed & Breakfast Hotel. Kalau nak merasa duduk dekat Giethoorn boleh lah cari Bed & Breakfast Hotel yang berkenan.










Terdapat lebih daripada 150 jambatan kayu dalam Giethoorn ni yang menghubungkan rumah sebelah darat dengan rumah seberang sungai. Ada sebahagian jambatan ni rendah sangat sampai kena tundukkan kepala kalau tak nak ada kecederaan berlaku. 😝



Sepanjang dua jam naik bot ni, sempat juga lah kami berkelah atas bot dengan nasi goreng yang dibekalkan oleh kawan Aina. Sambil makan, sambil bagi burung-burung makan nasi goreng! Haha. Tapi sikit ja bagi, takut rosakkan ekosistem burung-burung di sini.



Selepas habis boat tour, Aina dan keluarga meneruskan perjalanan mereka ke tempat lain dan saya pergi check-in hotel, solat dan rehat. Saya menginap di Giethoorn2Stay Hotel. Jauh sedikit dari kawasan kampung cantik tu, 15 minit naik basikal elektrik, 8 minit dengan kereta tapi highly recommended! Boleh check di sini https://www.giethoorn2stay.nl/nl_nl/
Sebenarnya saya pilih hotel ni sebab ini sahaja yang murah yang available untuk tarikh tu. 95 Euro untuk seorang, tetapi dapat bilik untuk 4 orang! Haaa pilih katil mana nak tidur. Haha! Bilik ni tak ada aircond. Mula-mula dah susah hati dah ni, dah la musim panas, tak ada kipas, tak ada aircond, tingkap pun tak ada. Tetapi bila malam, sejukkk! Siap pakai selimut tidur. Haha. Mungkin sebab struktur bangunan lama hotel ni yang buatkan dia sejuk ja waktu malam.



Nak keluar balik lepas solat, tiba-tiba hujan.. Macam tu lah cuaca di Netherlands ni. Hujan selalu, rain coat memang bawak setiap kali pergi jalan-jalan. 😊 Sebab dah sewa basikal, tunggulah hujan reda sedikit. Saya sewa basikal electric dengan hotel, 21 Euro untuk satu hari, and that was the best decision for this trip!
Selepas hujan reda, perut dah mula berbunyi, tetapi saya nak pergi ke kawasan ladang / kampung sekitar Giethoorn, mencari ‘Koldermelk’ yang menjual susu segar dari ladang dan aiskrim homemade. Aina yang beritahu pasal Koldermelk ni, sedap katanya. Tengok peta, 10 km juga dari hotel. Memandangkan dah sewa basikal elektrik, redah sahaja lah. Bila lagi nak cuba. Seronok sangat-sangat kayuh basikal waktu ni! Sangat tepat keputusan untuk redah saja tu. Lalu di kawasan rumah-rumah kampung yang cantik dan padang ragut. Tengok lembu susu, kambing biri-biri tengah meragut rumput. Macam ala-ala sawah bendang di Kedah la vibe dia, tapi tak panas! 😝
Tengah seronok kayuh basikal di jalan dalam gambar bawah ni, tiba-tiba ada seorang Dutch ni jatuh basikal di tengah-tengah jalan ni. Berdarah-darah mulut, entah-entah patah gigi rasanya. Cuma saya dan dia di jalan ni, terus saya berhenti, letakkan basikal di bahu jalan dan tanya samada dia ok atau tidak. Dia bangun sambil mengangguk, menutup mulut yang dipenuhi darah. Terus saya cepat-cepat alihkan basikal dia ke tepi jalan, risau kalau-kalau ada kereta datang, tak sempat nak brake.
Otak ligat berfikir nombor apa yang boleh dihubungi, tanya dia “Do you have any number I can help to call?” Yang keluar dari mulut dia cuma “arrggh.. urghhhh”. Ha sudahhh.. Tiba-tiba ada Dutch lain lalu, terus dia berhenti dan dia cakap ‘It’s ok, I will help him’. Mereka berlalu ke mana saya pun tak pasti selepas itu. Fuhh.. Laju sekejap jantung. Saya pun teruskan perjalanan ke Koldermelk.





Sampai sahaja di Koldermelk, nikmat betul dapat minum susu segar sejuk dan aiskrim homemade yang sedap! Kedai ni betul-betul tepi kandang lembu, dengan konsep layan diri. Aiskrim satu bekas kecil, 2 Euro dan susu segar sejuk, 20 sen untuk 20ml. Saya ambil aiskrim perisa strawberi, sedap Subhanallah! Banyak betul makan aiskrim sejak duduk sini, haha. Tetapi yang ni paling sedap! Duduk makan depan kedai sambil menikmati suasana kampung memang best betul.
Selain susu segar dan aiskrim yang pelbagai perisa, susu coklat, buah-buahan dan telur juga ada dijual dalam kedai ni. Nak panaskan susu pun boleh, ada microwave disediakan. Lepas ambil, letak sahaja duit dalam bekas duit. Level of trust orang di sini tinggi betul!


Kemudian saya berbasikal balik ke Giethoorn yang sunyi tanpa pengunjung di petang hari. Perut semakin berkeroncong, aiskrim dan susu tak mampu nak buatkan perut saya kenyang. 😅 Singgah ke La Picolla Venezia, kedai halal yang terletak paling hujung antara dereten kedai tepi canal Giethoorn. Sedap! Tetapi mahal sedikit harganya. Seafood Pasta dan Cappucino untuk 19 Euro.

Perut dah kenyang Alhamdulillah, saya sambung menikmati suasana sunyi di Giethoorn di kala matahari mula hampir melabuhkan tirai. Sangat tenang dan cantik! Lain benar suasananya berbanding sewaktu cerah dan ramai pengunjung.








Dalam perjalanan pulang ke hotel, saya singgah sekejap di tepi laut berhampiran hotel untuk menikmati sunset. Tidaklah secantik laut-laut di Malaysia dan Thailand dengan pasir yang memutih air laut yang membiru, bayu laut dan deruan ombak yang mendamaikan tetapi cukup untuk menenangkan hati dan melepaskan rindu pada laut. Pulang ke bilik hotel dengan hati yang tenang dan lapang Alhamdulillah.



Esoknya, selepas check-out, saya kembali berbasikal ke kawasan canal Giethoorn, menuju ke Museum Giethoorn. Harga tiket masuk ke muzium ni, 6.50 Euro. Di muzium ini, kita boleh tengok cara hidup orang dulu-dulu ni Giethoorn.







Sebelum balik, sempat makan aiskrim dulu di salah satu kedai di Giethoorn. Aiskrim punya besar, lama jugak nak habiskan, makan tepi canal sambil tengok bot lalu lalang. 😊 Banyak betul Nurul Izzah ni makan aiskrim dekat Netherlands ni yaaaaa😅


Daripada review-review yang saya baca sebelum ni, ada yang cakap satu-satunya pengangkutan yang ada di Giethoorn adalah melalui sungai. hmmm.. Tak betul ni.. Ada ja laluan untuk berbasikal. Nak melintas jambatan-jambatan ini dengan basikal pun boleh. Rumah-rumah sebelah darat memang berhubung terus dengan jalan raya, jadinya adalah pengangkutan lain. Boleh pilih pun nak parking kereta dekat parking lot mana, jadinya, statement ‘satu-satunya pengangkutan yang ada adalah melalui sungai’ tu tak betul la.. Dan rasanya statement ‘Syurga Dunia’ tu pun exaggerated. Ya memang cantik Giethoorn ni, tetapi tidaklah terlalu cantik sampai boleh dilabelkan sebagai syurga dunia. Sedangkan syurga itu tidak terjangkau dek akal kita tahap cantiknya, macam mana boleh dilabelkan kampung kecil macam ni sebagai ‘syurga’?
Trip kali ni Alhamdulillah Allah izinkan untuk dapat self reflection yang paling power setakat ni. Rasa betul-betul connected dengan diri, inner thoughts yang jelas, rasa akhirnya jumpa jawapan untuk persoalan dalam hati. Betullah bahawa setiap apa yang ada di langit dan di bumi, berzikir kepada Allah dalam bahasa yang tidak kita fahami. Kerana itu, kita akan rasa tenang bila dekat dengan alam.
Semakin terkesan dalam hati dengan makna Surah Al-Ghafir ayat ke 44. Terima kasih ya Allah. 💕

Jemput tonton video boat trip kami di canal Giethoorn. Till the next trip insyaAllah. 😊
Alhamdulillah… dapat Izzah menikmati ciptaan Allah. Doakan cg pun ada rezki mengembara melihat keindahan dan menikmati ciptaanNya. Subbahanallah… Izzah kerja sana ye… stay safe .
LikeLike
Alhamdulillah.. Ya saya kerja dekat sini sekarang. Nanti cikgu datang sini, saya bawak jalan-jalan ya insyaAllah. 😊😊
LikeLike
Terimakasih for sharing. Semoga Allah SWT melapangkan rezeki untuk jejak ke sana.
LikeLike