Valkenburg
Assalamualaikum.
Hari ni ada masa untuk jalan-jalan sekejap di Valkenburg, yang terletak dalam wilayah Limburg jugak, lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Maastricht. Sebelum ni pernah pergi sekali ke Valkenburg ni masa Quality Team punya Team Event January lepas. Kami buat aktiviti dalam mining cave!
Memang dah plan nak jalan-jalan ke Valkenburg hujung minggu ni, kebetulan hari ni masa kelas memandu, cikgu tu bawak pusing jalan-jalan tempat menarik dan dia bawak ke satu istana lama dekat Valkenburg. Jadinya, lepas habis kelas memandu, balik rumah masak, makan, solat zohor and start exploring! Sekarang siang panjang, so keluar rumah pukul 3 petang pun still okay. 😁
Lokasi pertama, Chateau St. Gerlach. Tempat ni dulu adalah sebuah gereja, tapi dah diubah suai jadi hotel eksklusif, convention place, coffee house, restaurant, spa, ada rose garden jugak! Tempat parking kereta dekat sini free! Tempat lain selalunya kena bayar ikut jam. So boleh lah spend time lama sikit kat sini.



Dekat halaman kawasan Chateau St. Gerlach ni, ada banyak art sculptures dan sesetengahnya, ada harga sekali kat situ kalau siapa berminat nak beli.




Lepas tu, gerak pergi ke Valkenburg Centrum, pusing-pusing cari tempat parking. Nak patah balik, jalan sehala, jalan sempit pulak tu, jalan lah terus lagi, tiba-tiba sampai dekat jalan bengkang bengkok, yang memang tak boleh u-turn, tak ada simpang nak patah balik. Terus saja lah.. Lepas tu tiba-tiba sampai ke kampung nama Sibbe dekat atas bukit 😅. Cantik-cantik rumah kat situ! Tapi sebab jalan sempit sangat, malas nak berhenti ambil gambar.
Dah selamat parking kereta, jalan kaki dalam 15 minit ke Station Valkenburg, iaitu stesen keretapi tertua di Netherlands. Sebab apa tak bawak kereta ja ke stesen ni? Sebab, bila jalan kaki, banyak lagi benda kita boleh tengok. Bila bawak kereta, nervous jalan kecik, dengan basikal banyak lagi, apa pun tak boleh tengok. 😅


Lepas tu jalan-jalan dalam pekan Valkenburg ni. Cantik! Tapi ramai lah pulak orang. Kedai-kedai makan walaupun jaga jarak, tapi nampak penuh jugak. Musim-musim Covid-19 ni, kita elak lah tempat yang ramai orang selagi boleh, makanya jalan-jalan sambil mengelak orang saja lah dulu. Valkenburg ni dia ada Castle Ruins (tinggalan istana lama). Bangunan dalam pekan ni pun banyak lagi menara-menara kubu istana dulu-dulu. Ada sebahagian bangunan yang dah dibina semula sebab dah kena bom dengan Jerman masa perang dulu. Ada banyak tempat tulis ‘We Still Remember’ menggambarkan kenangan perang antara Belanda dan Jerman yang masih tak dapat mereka lupakan. (tapi kenangan dia perang dengan negara lain dia tak mau ingat pulak? hmm..)







Banyak lagi tempat menarik dekat Valkenburg ni, tapi tak pa. Dekat ja.. Nanti boleh datang lagi, InsyaAllah. Antara tempat menarik untuk next visits:
- Wilhelmina Tower – ada cable car, slide turun bukit dan aktiviti-aktiviti outdoor yang lain.
- Sprookjesbos – Fairytale amusement park!
- Christmas Market in cave! – nanti la hujung tahun yang ni.
Till next exploration! InsyaAllah.. 😁
Keep writing & sharing Izzah.. Boleh tengok tempat menarik kt sana… Hehe…
LikeLike
Hehe insyaAllah..
LikeLike
Nice blog. Keep updating!
LikeLike
Thank you Liliy! 😊
LikeLike
Nice Post izzah! Blog kak Anna pun dah bersarang. Letak la liklan. Boleh cash buat duit shopping kat sana.
LikeLike
Thank you Kak Anna. InsyaAllah, nak belajaq sat camana nk buat. Haha
LikeLike
Keep up the good work izzah
LikeLike
Thank you! 😊
LikeLike
Seronok baca. Keep sharing ke Akak😉
LikeLike
InsyaAllah Nona.. 😊😊
LikeLike
Best jahhhh. Rajin update k.. aku akan rajin comment kehkeh
Gambar kau amek pun cantikkk
Aku sukaaaa hihi
Good job. Keep it up!
LikeLiked by 1 person
Oh terima kasih Shikin! Moga semua orang dapat travel balik. Aminnn 😊😊
LikeLike